10 jenis khasiat yang terbaik untuk ibu mengandung

 

Semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik saja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat. Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan.

Justeru itu, setiap wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil berat mengenai pemakanan bagi mengurangkan risiko kesihatan semasa hamil dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat.

Mari kita ketahui 10 jenis khasiat terbaik untuk ibu mengandung!